BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Nov 7, 2009

:: what you fear for? ::

saya baru mendapat fakta baru
dan agak menarik

kata orang,
kalau anda takutkan sesuatu spesis binatang/serangga/haiwan dan yang sewaktu dengannya,
maksudnya anda juga bersifat/berperangai seperti spesis tersebut!

alergik kucing?
mungkin dia malu2 kucing
takut katak?
mungkin dia suka duduk dalam tempurung
geli dengan cicak?
berangan nak jadi cicak man kot
tak suka tengok kambing?
tak suka mandi la 2.. (haha)

saya takutkan lipas..
sayangku kata, bet0l la 2..kamu kan suka merayap!
ampesss!!

notakukukaki : whut u fear for?


Nov 3, 2009

:: tema hari ini ialah orang asli ::

pagi tadi saya pergi ke hospital
hospital JHEOA
jabatan hal ehwal orang asli
apa ada hal~saya pergi hospital orang asli di gombak!
(...memang saja ukur jalan...)

sekali abang nurse tu cakap "cik, hospital ni khas untuk orang asli sahaja"
BOLEH KE CAMTU??

..........................................................


notakukukaki : eleh..mesti abg nurse tu yang malas nak ambik patient. bukan ramai sgt pun orang asli yang nak pergi hospital. diorangkan tradisional.


Nov 2, 2009

:: tag menge-tag ::

saya telah di tag oleh bazriana. dan inilah hasilnya...

A) 5 things I’ve learned so far in life

  • saya telah belajar untuk berhenti menjadi lalang
  • saya telah belajar mengasingkan 'sahabat' dengan 'rakan'
  • saya telah belajar bahawa sakit itu penghapus dosa (dan saya memang banyak dosa)
  • saya telah belajar 'membuat rep0rt' (hehe...)
  • saya telah belajar untuk tidak menjadi 'cengeng'..tapi gagal lagi
B) 5 things I’ve just discovered this year
  • rupanya teh o ais memang sangat ummphh!!
  • rupanya saya ni se0rang yang susah nak ingat jalan. s0 pathetic!
  • rupanya ke driving sch0ol sangat berdebar. tak kelakar langsung
  • rupanya markonah itu sangat comel~rupanya saya sangat sayangkan mar!
  • rupanya sakit jugak bila kena tag ni. haha..
C) 5 ways I’ve changed
  • berubah~berat badan 42 ke 39
  • beralih~rumah lama ke rumah baru dan rumate baru!
  • bertukar~streamyx ke celcom broadband
  • berkalih~dari baring ke duduk ke mencangkung pulak. D0uh! susah wat menatang ni.
  • berhijrah~dari rajin ke extra rajin (yang ini masih berharap)
D) 5 things that make me happy
  • kayuh basikal
  • coklat buat saya gembira :P
  • main teka-teki
  • dapat syiling 50sen sebijik
  • hang2-0ut dengan sayangku dan buat aktiviti bebas~sangat happy!
E) 5 things I want
  • nak grad cepat
  • nak kahwin (^_^)"
  • nak punya keluarga bahagia
  • nak punya rumah dan mobil
  • nak jadi millionare! :D (sy0kk habis)
F) 5 names I want to tag
  • awak yang dilanda kebosanan
  • awak si kaki tangan blog
  • awak yang nak buat sesi pecah kepala
  • awak yang rasa2 macam rajin
  • awak yang tak tahu nak post entri apa,
silalah tag kan diri anda sendiri!

Oct 28, 2009

:: lalola vs doraemon ::


saya bukan follow up sangat pun cerita LALOLA
yang ditayangkan kat TV3 tu
sekarang dah dialih bahasa ke bahasa melayu pula

akibatnya, sekarang bila saya tengok cerita tu macam tengok cerita doraemon...

apa kata anda??

Oct 26, 2009

:: farewell::

saya sangat sedih ni..
kan hari tu saya balik kampung (sempena chicken p0x)
bila saya sampai KL semula,
sahabat kecil saya dah dah mati..... (T_T)
sedihnya.....

saya bel0m sempat cari nama untuk dia
saya syak dia menghidap sakit kanser otak
sebab kepala dia ada benjolan yang sangat besar
mungkin juga sakit tenat sebab kalah berlaga dengan minah tomboi jiran sebelah umahnya
nama dia MARKONAH
mark0nah memang sangat ganas
kal0 diajak wrestling pasti dia yang akan menang

nama ikan saya mark0nah
kini dia tinggal se0rang tiada berjiran lagi
sampai sekarang saya masih sedih
oleh itu, saya nak bagi dia nama SHIDEE
mendiang shidee..

apa-apa la...
saya sedih ni.........






Oct 19, 2009

:: trilogi : tragedi di petrol pam ::

Lokasi : petronas taman tenaga

Seperti biasa setelah membayar rm3 untuk petrol yang tak seberapa banyak, saya pun memenuhkan tangki moto... Bila dah sudah, mestilah kena letakkan balik pistol dia kat tempat asal kan? Entah apa kena entah, bila saya dah pusing balik ada bunyi berdentang kat belakang. Bila toleh rupa-rupanya pistolku terjatuh ke bawah!! Yang baiknya semua orang memandang serong kepada saya. Saya dengan muka yang agak-agak tak bersalah angkat semula pistol tadi dan tersengih. Apa hal? Benda ni yang berat la.... tak percaya try test la....


Lokasi : shell sg.besi

Biasa la kan kalau ada 7 eleven dekat petrol pam. Tapi yang luar biasa, bila ada orang tu nak bayar duit minyak kat dalam 7 eleven tersebut.
"Dik, minyak 3ringgit, no 5." "Ini 7E la. Tak jual minyak"

Cisss.... sekali silap daa. Tempat bayar minyak dia kat tengah2 rupanya.
Apa hal? Sape suruh buat 7E betul2 kat depan petrol pam. Biasa bayar minyak kat depan apa?


Apa gelak2? macam korang tak pernah kena..


Lokasi : BHP bandar tun razak

Dengan machonya saya berhentikan moto di petrol pam no 5. No 5 memang nombor fevret. Dengan macho lagi, pergi bayar duit minyak la. Semangat nak isi minyak ni. Dah siap, saya pun bergerak keluar meninggalkan petrol pam, dengan macho jugak. Sampai2 dekat traffic light rasa macam ada yang tak kena. Apa yang aku lupa ek? Eh! Apa hal meter minyak ni tak naik? Cissss, aku lupa nak tuang minyak lepas bayar tadi. Buat penat je cover macho tadi. Last2 hilang juga kemachoan kena patah balik. Malu je tengok akak cashier tu senyum2. Nasib baik tak ada orang lepak kat petrol pam no 5 tu.
No fevret apa macam ni!

:: saya dapat anugerah terhebat!! ::

hari ini menjadi saksi segalanya
pada tarikh ini dan jam ini yang akan menjadi bukti pada semua yang terjadi
saya tak tahu macam mana semua ini boleh terjadi
namun, nasi sudah menjadi bubur
semuanya sudah terlambat
tiada apa-apa lagi yang boleh saya buat untuk menghalang
pasrah saja pada takdir yang dah tentukan jalan hidup saya

hari ini bakal menjadi sejarah
yang sukar untuk dilupakan
walau gentar harus ditempuh jua......
chicken pox ini.

hebatttt........
aku diserang chicken pox!!!!